TUJUAN

  • Pengeluaran ini membolehka ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan masa persaraan
  • Ahli boleh melabur simpanan tidak melebihi daripada 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melaluui Institusi Pengurusan Dana IPD yang dilluluskan oleh Kementerian Kewangan.

SIMPANAN ASAS

Simpanan asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi 
membolehkan ahli memperolehi simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000.00 
ketika berusia 50 tahun


Jadual Simpanan Asas adalah seperti berikut

UMUR
SIMPANAN ASAS
SIMPANAN MIN AKAUN 1
18
1,000
6,000
19
2,000
7,000
20
3,000
8,000
21
4,000
9,000
22
5,000
10,000
23
7,000
12,000
24
8,000
13,000
25
9,000
14,000
26
11,000
16,000
27
12,000
17,000
28
14,000
19,000
29
16,000
21,000
30
18,000
23,000
31
20,000
25,000
32
22,000
27,000
33
24,000
29,000
34
26,000
31,000
35
29,000
34,000
36
32,000
37,000
37
34,000
39,000
38
37,000
42,000
39
41,000
46,000
40
44,000
49,000
41
48,000
53,000
42
51,000
56,000
43
55,000
60,000
44
59,000
64,000
45
64,000
69,000
46
68,000
73,000
47
73,000
78,000
48
78,000
83,000
49
84,000
89,000
50
90,000
95,000
51
96,000
101,000
52
102,000
107,000
53
109,000
114,000
54
116,000
121,000
55
120,000
125,000

KELAYAKAN MEMOHON

  •   (i)  Warganegara Malaysia: ATAU
             (ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara   
                   sebelum 1 Ogos 1995
                  dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP: ATAU
             
            (iii)  Bukan warganegara Malaysia yang 
                 - Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998:ATAU                            

                 - Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
  • Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonana diterima KWSP : DAN
  • Anda mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan asas sekurang-kurangnya sebanyak RM 5,000.00.

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN

IPD Yang Dibenarkan
  • Semua pelaburan yan ddibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan,sila rujuk Senarai Institusi Pengurusan Dana terkini yang boleh diperolehi di mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran atau dengan melayari laman web KWSP di http://www.kwsp.gov.my./
Kekerapan Pelaburan
  • Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya,tertakluk baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1.
  • Pelabuaran seterusnyaa boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD lain yang diluluskan. Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa
Pelaburan Secara Terus
   
  • Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarakan. Semua pelaburan hendaklah dibuat melalui IPD yang diluluskan oleh kementerian Kewangan.
Penambah Pelaburan Menggunakan Wang Sendiri
  • Anda tidak dibenarkan membuat peaburan tambahan mengunakan wang sendiri.
Tanggungan  Risiko Pelaburan 
  • Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan ini. ini bermakna jika berlaku kerugian ,KWSP tidak akan bertanggungjawab.
Pengembalian Wang Pelaburan kepada KWSP
  • Anda hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut di jual.Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan  semula ke Akaun 1.
  • Anda tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun ('no leakages') daripada jumalh yang dilaburkan di IPD.
Dividen Tahunan KWSP Atas Amaun Yang Dilaburkan
  • Anda tidak akan memperoleh sebarang dividen yang diistiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan kerana simpanan ini tidak dilaburkan  oleh KWSP.
Jika IPD Yang Terpilih Terkeluar Daripada Senarai IPD 
  • Pelaburan anda dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada KWSP oleh IPD tersebut.
Bayaran Perkhidmatan
  • Tiada bayaran perkhidmatan dikenekan oleh KWSP.
Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan
  • KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan anda di IPD apabila anda mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan anda di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara ,Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.
  • Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan adalah di antara ahli/waris dengan pihak IPD.
Penamaan
  • Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yan dibuat oleh ahli.Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkenaan.

AMAUN YANG LAYAK DIKELUARKAN

Anda boleh mengeluarkan simpanan sepertimana berikut:
  • 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1
  • Jumlah minimum pengeluran pelaburan adalah RM1,000.00
  • Jumlah maksimum tidak melebihi 20% daipada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas
  • Formula: (Akaun 1-Simpanan Asas)X 20 %

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

DOKUMEN UTAMA

i) Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)

ii) Kad Pengenalan Malaysia (Mykad) /kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Permastautin tetap (MyPR): 
   ATAU
   Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan Kad Pengenalan Diri merujuk     
   kepada orang yang sama ;
   ATAU
   Pasport. Jika ahli bukan waganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.


Nota


  • Anda di nasihatkan menyemak baki simpanan Akaun 1 dan kelayakan pelaburan terlebih dahulu sebelum menggemukankan permohonan.
  • Sekiranya maklumat ahli dalam rekod KWSP tidak lengkap atau tidak sepadan,ahli akan dihubungi untuk melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Ahli dan Pindaan Maklumat

KAEDAH PEMBAYARAN

KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan anda secara terus kepada IPD berkenaan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh pemohonan diterima 

CARA PERMOHONAN DIHANTAR

  • Permohonan peru dihantar melalui mana-mana IPD yang dipilih dengan mengemukakan dokumen yang ditetapkan.
  • Pihak IPD akan mengemukakan permohonan anda kepada   KWSP untuk diproses.
  • Anda dinasihatkan untuk melengkapkan satu borang permohonan sahaja bagi setiap pengeluaran yang dibuat.Pemindahan amaun pelaburan ini adalah tanggungjawab anda dan pembatalan pengeluaran selepas kelulusan diberikan adalah tiak dibenarkan.

PERTANYAAN

Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mngenai pengeluaran ini, sila hubungi :
  • Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran 
  • Pusat Pengurusan Panggilan KWSP .Tel 03-8922 600
  • Maklumbalas Pelanggan , http://enquiry.kwsp.gov.my/
Sila nyatakan nombor ahli KWSP anda atau nombor kad pengenalan dan jenis pengeluaran yang anda pohon apabila berurusan dengan KWSP.Anda juga boleh melyari laman web KWSP di alamat http://www.kwsp.gov.my/
bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis pengeluran KWSP dan panduan umum kepada ahli.