IPD Yang Dibenarkan
- Semua pelaburan yan ddibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan,sila rujuk Senarai Institusi Pengurusan Dana terkini yang boleh diperolehi di mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran atau dengan melayari laman web KWSP di http://www.kwsp.gov.my./
- Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya,tertakluk baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1.
- Pelabuaran seterusnyaa boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD lain yang diluluskan. Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa
- Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarakan. Semua pelaburan hendaklah dibuat melalui IPD yang diluluskan oleh kementerian Kewangan.
- Anda tidak dibenarkan membuat peaburan tambahan mengunakan wang sendiri.
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan ini. ini bermakna jika berlaku kerugian ,KWSP tidak akan bertanggungjawab.
- Anda hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut di jual.Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1.
- Anda tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun ('no leakages') daripada jumalh yang dilaburkan di IPD.
- Anda tidak akan memperoleh sebarang dividen yang diistiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan kerana simpanan ini tidak dilaburkan oleh KWSP.
- Pelaburan anda dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada KWSP oleh IPD tersebut.
- Tiada bayaran perkhidmatan dikenekan oleh KWSP.
- KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan anda di IPD apabila anda mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan anda di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara ,Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.
- Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan adalah di antara ahli/waris dengan pihak IPD.
- Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yan dibuat oleh ahli.Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan